Pakej VVIP


Pakej VVIP (2 Hari 1 Malam)

Jadual Perjalanan Hari Pertama
Anda di minta berada di CTC Bukit Kayu Hitam, Kedah pada jam 7 pagi. Kami akan menjemput anda di sana dan terus membawa anda ke Jabatan Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand. Perjalanan akan mengambil masa kira kira 1.5 jam hingga 2 jam. Bergantung kepada keadaan lalu lintas dan cucaca pada masa tersebut. Sebelum bertolak, anda boleh bersarapan terlebih dahulu di CTC tersebut. 

Setelah tiba di Pejabat Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand, anda bolehlah bersiap siap dengan pakaian pengantin, ataupun pakaian yang kemas sebelum majlis akad nikah dijalankan. 

Bagi pakej ini, kami akan aturkan majlis pernikahan anda semasa keadaan di Majlis Agama Islam Songkla, Thailand sudah tiada pasangan yang ingin bernikah lagi. Dengan erti kata lain, anda adalah pasangan terakhir pada hari tersebut. 

Pasangan akan di 'sorokkan' didalam bilik khas, bagi mengelak dikesan oleh orang sekeliling dan pastinya identiti anda kami rahsiakan. 

Setelah selesai majlis pernikahan, kita akan menunggu pengeluaran sijil nikah. Ianya akan mengambil masa kira kira 30 minit. 

Setelah mendapat sijil dan dokumen dokumen yang sepatutnya, kami akan bawa ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Songkla, Thailand untuk tujuan pengesahan perkahwinan oleh Kedutaan Malaysia. Kita akan singgah makan tengahari semasa perjalanan ke Pejabat Kedutaan Malaysia. 

Urusan pengesahan perlu oleh Pejabat Kedutaan Malaysia akan mengambil masa satu hari, dan permohonan perlu dihantar paling lewat jam 12 tengahari waktu Thailand, bagi membolehkan kita mendapat surat pengesahan pada hari berikutnya. 

Setelah selesai urusan di Pejabat Kedutaan Malaysia, kami akan hantarkan anda ke tempat penginapan di Bandar Hattyai, Thailand. 

Anda dan pasangan boleh berjalan jalan tempat tempat menarik di Hattyai

Jadual Perjalanan Hari Kedua
Checkout pada jam 12 tengahari. Setelah selesai urusan checkout di hotel, kami akan bawa anda ke Pejabat Kedutaan Malaysia untuk mengambil surat pengesahan daripada Pejabat Kedutaan Malaysia. 

Biasanya dokumen tersebut boleh di ambil selepas waktu rehat tengahari. Setelah mendapat dokumen yang diperlukan, kami akan hantarkan anda dan pasangan anda ke CTC Bukit Kayu Hitam, Kedah dan anda boleh pulang ke rumah dengan hati yang tenang. 

Pakej Termasuk 
Pengangkutan seperti didalam jadual perjalanan, Penginapan 2H1M di hotel, X2 makan tengahari, Bayaran Majlis Agama Islam Songkla, Bayaran Imam, Jurunikah dan saksi, Bayaran Surat Tauliah Jurunikah, Bayaran dokumen pengesahan Pejabat Kedutaan Malaysia, Bayaran photocopy dokumen, Khidmat Jurugambar

Pakej Tidak Termasuk 
Pengangkutan ke tempat tempat menarik di Hattyai, perbelanjaan peribadi, makan seperti yang tidak dinyatakan - makan malam dan sarapan pagi, travel insurans

Nota
Percuma WIFI sepanjang perjalanan & Nota Panduan Daftar Nikah di Thailand. 

Kadar Bayaran
RM5500

No comments:

Post a Comment