Q&A


Question and Answer

Soalan : Adakah nikah di Thailand sah dari Hukum Syarak?
Jawapan : YA. Kerana [1] Pernikahan yang dijalankan memenuhi Rukun Nikah [2] Jarak antara tempat nikah dan rumah anda melebihi 2 marhalah [3] Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin [4] Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim ***

*** Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim)

Soalan: Sekiranya kami bercadang untuk nikah di Thailand/ Siam, apa persiapan yang kami perlu buat? 
Jawapan: Sekiranya pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand, sila maklumkan pada pihak kami tarikh untuk nikah sekurang-kurangnya satu hari lebih awal. Sediakan passport antarabangsa terlebih dahulu untuk memasuki negara Thailand/ Siam. Pihak kami akan sediakan pengangkutan serta penginapan mengikut pakej yang telah dipilih oleh pasangan.


Soalan: Bagaimana proses pernikahan akan dijalankan?
Jawapan: Pasangan akan dibawa dari Imigresen Bukit Kayu Hitam menuju ke Majlis Agama Islam Songkhla. Urusan akad nikah adalah dalam Bahasa Melayu dan lafaz akad nikah juga adalah seperti majlis akad nikah di Malaysia. Selesai urusan nikah, pasangan akan terus dibawa ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian bermalam di Hatyai atau Songkhla. Keesokan harinya kami akan menjemput pasangan dari hotel dan terus ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai semua urusan, pasangan akan pulang semula ke Malaysia bersama kami.

Soalan: Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?
Jawapan: Tidak boleh. Urusan nikah boleh selesai dalam masa satu hari sahaja. Namun, Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat tersebut.

Soalan: Bolehkah kami bernikah pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum?
Jawapan: Boleh. Pasangan boleh memilih untuk pakej nikah balik hari yang sama. Selepas selesai urusan nikah, pasangan boleh terus pulang ke Malaysia. Semua dokumen nikah yang asal boleh di bawa pulang bersama.

Soalan: Bolehkah kami bernikah di Thailand/ Siam dan kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan kami di Malaysia?
Jawapan: Boleh. Namun, pasangan dinasihatkan untuk mendaftar di Malaysia untuk jaminan masa hadapan suami isteri serta anak-anak (pembahagian nafkah, harta pusaka dan sebagainya). Pendaftaran nikah luar negara boleh di buat pada bila-bila masa sahaja.

Soalan: Bagaimana prosedur pendaftaran nikah di Malaysia? Adakah kami perlu bayar denda?
Jawapan: Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar negara. Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran. Sila bawa perintah mahkamah tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran. Bawa bersama semua dokumen yang asal. Sementara denda pula bergantung kepada pihak pendakwaan. Sekiranya pendakwaan dibuat, pasangan perlu membayar denda. Sekiranya tidak ada sebarang pendakwaan dibuat, pasangan tidak akan dikenakan sebarang denda. Semua ini bergantung kepada pihak pendakwaan.

No comments:

Post a Comment