Dokumen


Secara umumnya, kami bahagikan keperluan dokumen ini kepada dua. Iaitu dokumen sebelum dan semasa pernikahan dan yang kedua dokumen selepas pernikahan

Bagi dokumen sebelum / semasa pernikahan, anda perlu menyediakan beberapa dokumen bagi memudahkan upacara nikah diselesaikan. Dokumen tersebut adalah;

Calon pengantin lelaki 
1. Pasport antarabangsa yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan atau Pas Sempadan
2. Kad pengenalan

Calon pengantin perempuan 
1. Pasport antarabangsa yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan atau Pas Sempadan
2. Kad pengenalan
3. Surat kematian suami (jika ada)
4. Surat cerai (jika ada)

Lain lain dokumen
1. Bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan Malaysia, anda perlu mendapatkan surat kebenaran ke luar negara daripada Ketua Jabatan masing masing. 
2. Bagi mereka yang dihalang daripada meninggalkan negara atas sekatan daripada pihak kerajaan Malaysia seperti muflis, senarai hitam LHDN dan sebagainya, dapatkan kelepasan khas keluar negara daripada jabatan yang menghalang ke luar negara untuk tempoh tertentu. 

Bagi dokumen selepas pernikahan, anda perlu menerima beberapa dokumen dari Majlis Agama Islam Thailand serta Pejabat Kedutaan Malaysia bagi memudahkan pendaftaran pernikahan di Malaysia nanti. Dokumen tersebut adalah;

1. Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
2. Sijil Nikah (Disahkan Pejabat Konsul)
3. Surat Pengesahan Mais (Disahkan Pejabat Konsul)
4. Surat Tauliah Imam Jurunikah (Disahkan Pejabat Konsul)
5. Salinan Kad Pengenalan Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsul)
6. Salinan Passport Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsul)
7. Gambar Nikah Pasangan Bersama 3 Imam Bertauliah (Disahkan Pejabat Konsul)
8. Resit Rasmi Bayaran Di Pejabat Konsul Malaysia

No comments:

Post a Comment