Pakej Jimat


Pakej Jimat (1 Hari)

Jadual Perjalanan Hari Pertama
Anda di minta berada di CTC Bukit Kayu Hitam, Kedah pada jam 7 pagi. Kami akan menjemput anda di sana dan terus membawa anda ke Jabatan Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand. Perjalanan akan mengambil masa kira kira 1.5 jam hingga 2 jam. Bergantung kepada keadaan lalu lintas dan cucaca pada masa tersebut. Sebelum bertolak, anda boleh bersarapan terlebih dahulu di CTC tersebut. 

Setelah tiba di Pejabat Agama IslamWilayah Songkla, Thailand, anda bolehlah bersiap siap dengan pakaian pengantin, ataupun pakaian yang kemas sebelum majlis akad nikah dijalankan. 

Sekiranya pada masa tersebut tidak ramai pasangan yang ingin bernikah, prosesnya mungkin akan hanya mengambil masa kira kira 10 minit. 

Setelah selesai majlis pernikahan, kita akan menunggu pengeluaran sijil nikah. Ianya akan mengambil masa kira kira 30 minit. 

Setelah mendapat sijil dan dokumen dokumen yang sepatutnya, kami akan hantarkan anda dan pasangan anda ke CTC Bukit Kayu Hitam, Kedah dan anda boleh pulang ke rumah dengan hati yang tenang. 

Pakej Termasuk 
Pengangkutan seperti didalam jadual perjalanan, X1 makan tengahari, Bayaran Majlis Agama Islam Songkla, Bayaran Imam, Jurunikah dan saksi, Bayaran Surat Tauliah Jurunikah, Bayaran photocopy dokumen, Khidmat Jurugambar

Pakej Tidak Termasuk 
Pengangkutan ke tempat tempat menarik di Hattyai, perbelanjaan peribadi, makan seperti yang tidak dinyatakan - makan malam dan sarapan pagi, travel insurans

Nota
Percuma WIFI sepanjang perjalanan & Nota Panduan Daftar Nikah di Thailand. 

Kadar Bayaran
RM2500

No comments:

Post a Comment